Program Bantuan Khas BUDI Sehingga RM 2,000
Table of Contents
Program Bantuan BUDI
Program BUDI ini adalah merupakan bantuan kewangan yang ditawarkan kepada anak-anak negeri yang bakal memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi peringkat Matrikulasi / Asasi / Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Melalui Program Bantuan BUDI ini dilaksanakan bagi tujuan memupuk dan menggalakan lebih ramai anak / pelajar melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi seperti IPTA dan IPTS.
Kadar Bantuan BUDI
- Peringkat sijil Ijazah Sarjana Muda – RM 2,000
- Peringkat sijil Diploma / matrikulasi / asasi – RM 1,500
Syarat Kelayakan BUDI
- Permohonan terbuka kepada individu / pelajar yang akan melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS tahun 2022 untuk kemasukan pertama kali ke IPT di seluruh Malaysia dan diiktiraf oleh Kerajaan.
- Kepada penjaga atau ibu bapa merupakan tergolong dalam golongan B40 atau M40.
- Pemohon harus berstatus warganegara Malaysia yang sah. Berasal dari negeri sabah
- Pemohon / individu yang berumur 25 tahun dan ke bawah
- Pelajar / pemohon yang sudah mendapatkan pengesahan kemasukan ke IPT.
Cara Mohon BUDI
Jika anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan secara online seperti berikut :
- Langkah pertama, sila layari Portal Rasmi Program Bantuan BUDI – DI SINI
- Tekan pada butang “Daftar”
- Sila isi maklumat pemohon dengan lengkap dan tekan butang “Daftar”
- Kemudian Log masuk akaun anda yang telah anda daftarkan
- Sila ikuti arahan yang telah ditetapkan, isi maklumat permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan
- Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap di isi dan dokumen dimuat naik
- Selesai.
Nota tambahan : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Program bantuan BUDI ini, anda boleh ke Laman Rasmi BUDI di atas atau hubungi terus talian Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah – 088 369 872.