Bantuan Kerajaan

Program Bantuan Khas BISTARI RM 100

 

Untuk sedia maklum, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif kepada rakyat yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan pada tahun ini. Pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberikan pelbagai bantuan bagi membantu meringankan kos pembelanjaan pada tahun ini lebih-lebih kepada golongan berpendapatan rendah.

Satu Inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan iaitu Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri atau lebih dikenali sebagai BISTARI telah diumumkan dengan kadar jumlah bantuan sebanyak RM 100 seorang kepada yang layak menerima.

Syarat Kelayakan BISTARI RM 100

Di bawah telah disediakan syarat dan kriteria berkenaan bantuan kewangan BISTARI seperti berikut :

  • Simpanan berbentuk kewangan sebanyak RM 100 akan terus dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Bayi wajib bertatus warganegara Malaysia yang sah dan lahir pada tahun 2022
  • Ibu bapa atau penjaga berasal dari negeri Sabah
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima berumur 18 tahun

Tarikh Permohonan

Bagi anda yang menepati syarat kelayakan boleh membuat permohonan kini dibuka bermula 1 Januari 2022 sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2022.

Cara Mohon Bantuan BISTARI

Bantuan ini sangat memberikan manfaat kepada penerima yang memerlukan. Jika anda berminat untuk membuat permohonan bantuan BISTARI ini, anda boleh mohon secara online – DI SINI

Selain itu anda juga boleh mohon secara mengisi borang dan sila menghantar bersama dokumen dokumen sokongan ke alamat yang telah disediakan seperti dibawah – BORANG BISTARI

Alamat Pejabat

Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas

Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu

Jalan UMS, Teluk Likas

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BISTARI ini, anda boleh rujuk di media sosial Facebook (Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas) atau menghubungi di talian – 088 369872 / 012 866 2419.

RujukanOnline

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button