Bantuan KerajaanBKMKerajaan

Kemaskini Permohonan & Semakan Status BKM Fasa 2


 


Menerusi pengumuman Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, jumlah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berbeza mengikut kategori penerima.  Kategori isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan sehingga isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah akan menerima bantuan BKM Fasa 2 ini. Individu bujang juga akan menerima bantuan bagi mereka berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.

Terbaru, BKM Fasa 2 akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi.

Penerima Yang Perlu Kemas Kini BKM

  • Penerima BPR terdahulu perlu mengemas kini maklumat mereka sekiranya terdapat perubahan maklumat semasa agar tidak tercicir daripada menerima BKM 2022.
  • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 kerana menerima GKP dan penerima BKC B40 yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
  • Kematian kepada pasangan penerima sedia ada atau berlaku perceraian.

Cara Membuat Semakan BKM Fasa 2

Semakan keputusan permohonan BKM boleh dibuat melalui 2 cara iaitu :
  1. Semakan di laman web rasmi BKM
  2. Semakan melalui aplikasi mudah ahli BKM 2022 dengan memuat turun di Play Store untuk platform Android dan di App Store bagi platform IOS

Cara semak dalam talian

  • Layari laman web rasmi BKM
  • Tekan log masuk BKM
  • Masukkan nombor Mykad / ID pengguna
  • Klik semak
  • Pastikan kata laluan keselamatan anda betul dan tekan ya jika betul
  • Masukkan kata laluan
  • Klik pada semakan status (status permohonan diterima akan dipaparkan)

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran BKM Fasa 2 sudah tentu dapat meringankan beban rakyat selaras dengan kadar inflasi yang melonjak. Hal ini dapat menyebabkan harga barang harian semakin meningkat dan beberapa individu terjejas.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh rasmi berkenaan tarikh bayaran BKM Fasa 2.

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana sudah dijadualkan bahawa pembayaran BKM Fasa 2 ini pasti diberikan pada Jun ini.

Jika mengikut jangkaan pembayaran, kemungkinan besar bantuan diberikan pada minggu ketiga atau keempat Jun ini. Hal ini kerana pembayaran BKM Fasa 1 pada Mac lepas turut dikreditkan pada waktu tersebut.

Rayuan BKM

Rayuan BKM hanya dibuka sehingga 2 Jun 2022 sahaja. Setakat ini, tiada pemakluman untuk rayuan atau permohonan baharu BKM.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila rujuk portal rasmi BKM dan Facebook rasmi Kementerian Kewangan.

sumber: myportalkini

RujukanOnline

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button