Cara Mudah Daftar I-Akaun KWSP
Mengikut statistik data, terdapat ramai lagi diantara ahli yang masih tidak tahu tentang penggunaan aplikasi i-akaun KWSP yang banyak memberikan kemudahan kepada pengguna bagi sebarang urusan atau proses melibatkan KWSP.
Kepada anda yang masih belum mempunyai i-akaun KWSP, anda boleh membuat pendaftaran secara mudah melalui online tanpa perlu beratur di kaunter KWSP.
Table of Contents
Informasi I-Akaun KWSP
Kemudahan i-akaun KWSP adalh merupakan salah satu alternatif yang memudahkan ahli / pencarum untuk membuat sebarang urusan melibatkan wang EPF KWSP, ahli disarankan membuat pendaftaran i-akaun untuk permudahkan urusan.
Syarat Kelayakan
Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat pendaftaran i-akaun KWSP seperti berikut :
- Pencarum / ahli KWSP harus mempunyai nombor ID ahli dan nombor KWSP yang sah
- Pihak majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah
Kemudahan I-Akaun KWSP
Di bawah adalah kemudahan yang telah disediakan melalui i-akaun KWSP seperti berikut :
- Boleh membuat semakan maklumat pengeluaran
- Boleh membuat semakan rekod caruman terdahulu
- Boleh membuat semakan baki simpanan semasa
- Boleh membuat semakan dan kemaskini maklumat peribadi
- Semakan kelayakan pengeluaran
- Semakan transaksi caruman yang terbaru
- Semakan penyata KWSP di akaun 1 dan akaun 2
Panduan Cara Mudah Daftar I-Akaun KWSP
Di bawah telah dikongsikan / disediakan panduan mengenai cara mudah untuk pendaftaran i-akaun KWSP seperti berikut :
- Pertama anda harus masukkan nombor kad pengenalan anda serta nombor telefon yang aktif digunakan
- Kemudian anda perlu mengimbas dengan menggunakan cap jari anda
- Sekeping akan memaparkan nombor ID. Pesanan akan dihantar ke telefon bimbit anda dengan mengandungi kata laluan dari KWSP
- Sila masukkan semula kata laluan yang telah dihantar
- Selepas itu , klik pada “Semak penyata” dan sekeping kertas akan keluar dengan mengandungi penyata akaun 1, akaun 2 dan baki keseluruhan
- Sila muat turun aplikasi i-akaun KWSP melalui di telefon pintar anda di app store atau app store
- Kemudian masukkan maklumat anda – nombor id kan kata laluan yang diperolehi
- Sila masukan nombor ID dan kata laluan yang baru dan simpan untuk memudahkan anda
- Selesai, pendaftaran anda berjaya
Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila layari Portal Rasmi I-Akaun KWSP – DI SINI
Sila tekan pada bahagian Log Masuk kemudian tekan pada bahagian i-akaun ahli, akan tertera “lupa kata laluan” kemudian anda ikuti arahan sehingga selesai.
Lokasi Kiosk KWSP Berdekatan
Sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI , kemudian sila pilih negeri yang anda menetap dan senarai kiosk yang berdekatan anda cari akan dipaparkan.