Bantuan Kewangan Untuk Perniagaan Sehingga RM2700
Seperti yang kita tahu, pelbagai bantuan kewangan telah disediakan oleh JKM ini dalam membantu golongan rentan dan terjejas seperti B40 contohnya seperti, untuk warga emas, bantuan untuk seisi keluarga, bantuan untuk kanak-kanak, bantuan untuk OKU dan untuk peniaga melalui program Geran Pelancaran JKM dan banyak lagi.
Namun, adakah anda tahu bahawa bantuan yang disediakan JKM ini tidak hanya tertumpu kepada jenis bantuan yang disebutkan di atas, akan tetapi ianya juga tertumpu bagi membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2700 secara one-off.
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut mengenainya.
Table of Contents
BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM
Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan akan diberikan secara tunai (one-off).
OBJEKTIF UTAMA
Objektif utama dalam pelaksanaan Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah :
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
KADAR BANTUAN
Sekiranya individu yang berkelayakan bagi menerima bantuan ini, mereka akan mendapat bayaran bantuan sebanyak :
- Maksimum RM2700 (one-off)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi menerima bantuan ini :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Syarat Khusus
- Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
- Jika bukan penerima sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
- Sekiranya pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan.