WARGA EMAS : Cara Mohon Bantuan RM500 Setiap Bulan
Untuk makluman semua, Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan satu bantuan khas untuk Warga Emas secara bulanan.
Objektif utama bantuan ini disediakan dan diberikan kepada warga emas adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti setempat.
Oleh itu, kami akan kongsikan maklumat secara terperinci mengenai Bantuan Warga Emas yang disediakan ini berserta cara lengkap untuk membuat permohonan. Ikuti perkongsian dibawah ini.
Table of Contents
BANTUAN WARGA EMAS
Ketika pembentangan Belanjawan 2021 November lalu, Tengku Zafrul yang merupakan Menteri Kewangan menyatakan, kadar bantuan untuk Golongan Warga Emas ini akan di naikkan kepada RM500 seorang.
Untuk pengetahuan, sebelum beliau mengumumkan mengenai kadar kenaikan tersebut, bantuan untuk golongan ini hanya RM350 sahaja. Ini bemakna, tambahan sebanyak RM150 telah diberikan.
Nota : Syarat utama untuk menerima bantuan ini, warga emas tersebut haruslah berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM500
Beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mesti dipenuhi oleh golongan warga emas sekiranya ingin memohon bantuan ini, antaranya :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga Emas yang Bukan tinggal di Institusi Kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Sila ke portal rasmi : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Klik butang “daftar permohonan”
- Sila masukkan Negeri, tempat tinggal dan nombor MyKad
- Klik “Daftar”
- Dalam masa 14 hari, anda haruslah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
SOALAN LAZIM
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun ke atas
- Tidak. Orang tua atau warga emas tersebut hendaklah berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Sebelum ini hanyak RM350 sahaja. Tapi, bagi tahun 2021, kadar bantuan ini dinaikkan kepada RM500