RM10,000 Untuk Peniaga Di Negeri Sarawak Melalui BKSS 7.0
Sebelum ini melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) yang telah dilaksanakan pada Julai lalu, sebanyak RM1.4 bilion peruntukan telah disediakan bagi membantu rakyat negeri Sarawak yang terjejas pendapatan dalam menghadapi pandemik Covid-19 ketika ini.
Terkini, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 4 Ogos lalu telah mengumumkan, sebanyak RM800 juta di peruntukan dalam melaksanakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 7.0). Bantuan kali ini bertujuan bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagann di negeri itu.
Tambahan beliau, BKSS 7.0 kali ini akan dibahagi kepada 3 langkah dimana ianya akan membantu perniagaan berikutan pembukaan semula ekonomi negeri melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN)
Nota : Untuk makluman anda, BKSS yang di sediakan oleh Kerajaan negeri Sarawak ini telah melalui 6 fasa bantuan melibatkan RM4.5 bilion bertujuan untuk meringankan beban rakyatnya.
Untuk kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai maklumat lanjut bantuan buat peniaga melalui pakej BKSS 7.0. Ikuti perkongsian di bawah.
Table of Contents
BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS 7.0)
Dalam pelaksanaan BKSS 7.0 kali ini, beberapa langkah / fokus bantuan. Antaranya adalah :
Langkah Pertama : Bantuan RM10,000 Untuk Peniaga
- Kerajaan negeri akan menyediakan bantuan kewangan khas sebanyak RM10,000 (one-off)
- Perniagaan yang telah berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2020
- Perniagaan mestilah aktif
Bantuan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM400 juta ini bakal memanfaatkan kira-kira 40,000 perniagaan yang aktif di negeri Sarawak.
Kepada peniaga yang layak, bayaran bantuan ini akan melalui dua fasa pembayaran iaitu :
- Fasa 1 (RM5,000) – September 2021
- Fasa 2 (RM5,000) – Disember 2021
Langkah Kedua : Dasar Perolehan Kerajaan Dilonggarkan
- Projek dengan tarikh jangkaan siap yang jatuh pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan diberikan Lanjutan Tempoh Masa (EOT) secara automatik hingga 60 hari
- Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) yang telah dikenakan akan dikecualikan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan
Langkah Ketiga : Kelonggaran Dalam Pembaharuan Permit Pekerjaan
- Kelonggaran akan diberikan dalam pembaharuan permit pekerjaan (warga asing) semua sektor bagi memastikan daya tahan ekonomi
- Pembaharuan permit pekerjaan dengan kebenaran lesen buruh untuk sektor perlada ngan sehingga 31 Disember 2022 semasa Covid-19 akan dilanjutkan kepada semua sektor seperti pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.
SUMBER : Pusat Maklumat Rakyat Kuching