Bantuan Kerajaan

PEMULIH : Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) – MISKIN TEGAR

Adakah anda sedia maklum mengenai bantuan bagi kategori Miskin Tegar bakal dilaksanakan pada bulan ini (Ogos) melalui pakej bantuan iaitu PEMULIH? Ianya salah satu berita baik untuk anda khususnya yang terjejas pendapatan disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Untuk pengetahuan anda, pakej bantuan PEMULIH ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin pada Jun lalu. Pelbagai bantuan dan kemudahan yang diberikan melalui pelaksanaan pakej bantuan PEMULIH dalam memberi perlindungan khususnya mereka yang terjejas (Miskin Tegar / B40 / M40). PKS Mikro juga tidak ketinggalan dalam mendapat manfaat melalui pakej bantuan ini seperti pelaksanaan Geran Khas Prihatin 4.0 dilanjutkan.

Oleh itu, untuk kali ini kami akan kongsikan kepada anda mengenai syarat, kadar bayaran dan tarikh bayaran yang akan diberikan kepada penerima pada bulan ini melalui pakej bantuan Bantuan Khas Covid-19 bagi kategori Miskin Tegar . Sebelum itu, izinkan kami untuk berkongsi mengenai maklumat lanjut Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

PEMULIH

Untuk pengetahuan semua, melalui pakej bantuan PEMULIH ini, terdapat 3 fokus utama dalam menjayakannya antara nya ialah :

  • Meneruskan Agenda Rakyat
  • Menyokong Perniagaan
  • Meningkatkan Vaksinas
Tujuan utama bagi pakej bantuan ini adalah untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat menghadapi kehidupan seharian dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.

Dalam ucapan beliau mengatakan, nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini berjumlah RM150 bilion dimana ianya merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM 10 bilion.

BANTUAN KHAS COVID (MISKIN TEGAR)

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat pengumuman mengenai PEMULIH Jun lalu, bagi memastikan rakyat mendapat bantuan menyeluruh sehingga akhir tahun 2021, Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi kategori Miskin Tegar akan segera dilaksanakan pada kadar bayaran seperti berikut :

  • Isi Rumah – RM1,300
  • Warga Emas – RM500
  • Bujang – RM500

KELAYAKAN PENERIMA BKC (MISKIN TEGAR)

Kelayakan penerima BKC bagi kategori Miskin Tegar ini adalah seperti berikut :

  • Isi Rumah & Warga Emas : Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang : Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
Sebarang permohonan bagi menerima bantuan BKC (Miskin Tegar) ini, ianya anda tidak perlu lakukan sama sekali, kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia adalah seperti berikut :
  • Miskin Tegar :
    Permohonan BPR 2021 yang didaftarkan secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih.
Nota :  Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) secara automatik adalah TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan BKC ini.

KADAR BAYARAN BKC (MISKIN TEGAR)

Untuk makluman, bayaran Bantuan Khas Covid-19 (Miskin Tegar) ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan melalui beberapa fasa bayaran seperti berikut :

  • Isi Rumah (RM1300)
    Ogos – RM500
    November – RM500
    Disember – RM300

  • Warga Emas (RM500)
    Ogos –
    RM200
    November – RM300

  • Bujang (RM500)
    Ogos – RM200
    November – RM300

TARIKH BAYARAN BKC (MISKIN TEGAR)

Menerusi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini, ianya akan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula :

  • Bulan Ogos 2021

Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bagi bayaran BKC (Miskin Tegar) ini belum dipastikan lagi. Tapi, pihak kami JANGKAKAN bayaran pertama akan mula dilaksanakan pada pertengahan ogos (16/17/18) atau penghujung (28/29/30) bulan Ogos ini.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button