KWSP

i-Citra : Semakan Tarikh Bayaran Bulanan Pengeluaran i-Citra

i-Citra merupakan kemudahan permohonan bagi mana-mana ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran sehingga RM5,000. Melalui pakej PEMULIH, Tan Sri Muhyiddin memberitahu pelaksanaan program ini dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion dan akan memanfaatkan seramai 12.6 juta ahli KWSP.

Berbeza dengan program sebelum ini iaitu i-Lestari dan i-Sinar, masing-masing menggunakan pengeluaran melalui akaun 2 KWSP, tetapi i-Citra akan menggunakan pengeluaran melalui akaun 1 dan 2. Namun, sebarang pengeluaran adalah tertakluk kepada bagi kedua-dua akaun.

Untuk pengetahuan anda, bayaran pertama bagi pengeluaran i-Citra ini telah mula dikreditkan ke akaun penerima yang bermula 2 Ogos lalu. Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi kepada anda mengenai bagaimana cara untuk membuat semakan status permohonan berserta tarikh bayaran bakal dikreditkan.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

CARA SEMAKAN STATUS DAN TARIKH BAYARAN I-CITRA

Untuk makluman, terdapat dua kaedah bagi anda membuat semakan sama ada melalui :

  • Portal Rasmi i-Citra
  • i-Akaun

Semakan Melalui Portal i-Citra

Berikut adalah cara membuat semakan melalui portal i-Citra :

  1. Sila ke portal rasmi i-Citra melalui pautan : https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Sila klik “Semak Status
  3. Sila isikan maklumat seperti yang diinginkan
  4. Status kelulusan dan maklumat bayaran akan dipaparkan

Semakan Melalui i-Akaun

Berikut adalah cara membuat semakan melalui portal i-Citra :

  1. Sila ke pautan : https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Masukkan Login ID dan password yang telah didaftarkan sebelum ini
  3. Pergi ke bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik WITHDAWAL HISTORY
  5. Sila klik paparan yang bertulis i-Citra
  6. Paparan mengenai tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah

SEMAKAN BAYARAN I-CITRA BAGI BULAN BERIKUTNYA (5 BULAN)

Bagi mengetahui tarikh bayaran i-Citra bagi bulan-bulan berikutnya, anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran sama seperti i-Sinar sebelum ini di bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date‘ melalui i-Akaun KWSP. Contohnya :

  • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (sekiranya bayaran pertama i-Citra bermula 2 Ogos, dijangkakan bayaran kedua akan dilaksanakan pada 2 September, dan begitu lah bayaran bulanan seterusnya)
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu
  • sebelum akhir bulan berkenaan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI

https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us


Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button