BPR FASA 3 : Tarikh Bayaran, Kadar Bayaran Dan Semakan Kelayakan
Adakah anda diantara penerima yang layak menerima BPR 2021? Secara tidak sedar, bayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat 2021 telah melalui 2(dua) fasa iaitu Fasa pertama telah dilaksanakan pada Feb/Mac 2021, dan Fasa kedua pada Mei/Jun 2021 dimana secara keseluruhan bayaran BPR akan melalui 3 fasa. Untuk makluman, bayaran bagi kedua fasa ini telah memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion.
Hari ini, melalui media sosial kebanyakan warganet bercerita mengenai satu bantuan kewangan di bawah Pakej PEMULIH iaitu Bantuan Khas Covid-19 . Mereka tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran akan bermula? Untuk makluman anda semua, bayaran BKC ini akan dilaksanakan pada bulan Ogos ini. Namun, mengenai tarikh rasmi bayaran, ianya belum diumumkan secara rasmi lagi.
Berbalik kepada BPR 2021, adakah anda telah menyemak mengenai rayuan BPR fasa kedua anda sekiranya status permohonan anda tidak layak ataupun GAGAL? Semakan Rayuan BPR Fasa Kedua anda kini boleh dilakukan.
Table of Contents
TARIKH BAYARAN BPR FASA 3
- Fasa 1 – Februari 2021 (Telah selesai)
- Fasa 2 – Mei 2021 (Telah selesai)
- Fasa 3 – September 2021
Namun, tarikh rasmi bayaran BPR fasa ketiga belum ada diumumkan lagi. Pihak kami menjangkakan, bayaran akan bermula pada penghujung September nanti.
KADAR BAYARAN BPR FASA 3
Kita sedia maklum, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat ini akan dilaksanakan melalui 3 Fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Bagi Fasa 3 ini pula, para penerima akan menerima bantuan pada kadar yang telah ditetapkan mengikut kategori iaitu :
Pendapatan Isi Rumah < RM2,500
- Kurang dari 1 anak: RM500
- 2 anak dan ke atas: RM1,100
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000
- Kurang dari 1 anak: RM200
- 2 anak dan ke atas: RM600
Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000
- Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
- Kurang dari 1 anak: RM100
- 2 anak dan ke atas: RM200
Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat terperinci :
Nota : Bagi kategori Bujang, ianya tidak tersenarai dalam bayaran fasa ketiga kerana kategori tersebut hanya melalui dua fasa sahaja.
SEMAKAN STATUS BPR
Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai status kelayakan dan maklumat bayaran BPR Fasa 3 anda, ianya boleh di lakukan dengan cara :
- Log masuk ke https://bpr.hasil.gov.my/
- Sila klik ‘Semak Status‘
- Paparan mengenai status dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT
- LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
- Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM