Bantuan Kerajaan

Peringatan! Seluruh Ibu Tunggal Di Malaysia Di Minta Untuk Mengisi Borang Profiling JPW

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) kini giat menjalankan bagi mengumpul maklumat IBU TUNGGAL bagi menyelaraskan inisiatif dan program yang sesuai untuk membantu Ibu Tunggal yang ada di seluruh Malaysia.

Oleh itu, sekiranya anda di antara ibu yang berstatus IBU TUNGGAL, diminta untuk mengisi Borang Profilling Ibu Tunggal JPW yang disediakan.

Ianya bertujuan untuk memberi data Ibu Tunggal di Malaysia kepada pihak Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi kemudahan pemberian bantuan akan datang.

Kepada Ibu Tunggal yang ingin membuat pengisian borang Profilling tersebut, ianya boleh dilakukan secara online. Ikuti perkongsian mengenainya di bawah.

BORANG PROFILLING IBU TUNGGAL JPW

Objektif utama bagi pengisian Borang Profilling Ibu Tunggal JPW ini adalah untuk :

  • Penyelarasan inisiatif dan program yang sesuai bagi membantu Ibu Tunggal pada masa akan datang
  • Memudahkan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) membuat pengesanan Ibu Tunggal yang ada di Malaysia

TARIKH PENGISIAN BORANG

Berikut adalah tarikh pengisian Borang Profilling Ibu Tunggal JPW :

  • Tarikh Akhir : 5 Julai 2021

Jadi, diminta semua Ibu Tunggal di Malaysia hendaklah mengisi borang tersebut sebelum tarikh akhirnya berakhir.

BORANG PROFILLING IBU TUNGGAL JPW

Kepada anda yang ingin membuat pengisian Borang Profilling Ibu Tunggal JPW ini, ianya boleh dilakukan secara online melalui pautan berikut : 

 

Nota : Lagi sekali pihak kami ingin ingatkan, pengisian Borang Profiling Ibu Tunggal JPW hendaklah dilakukan sebelum tarikh akhir berakhir.

Pihak Jabatan Pembangunan Wanita mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda sudi meluangkan waktu untuk mengisi  profiling ini. Semoga dengan maklumat ini, pihak Kementerian dapat mengatur gerak tindakan yang lebih sistematik dan berkesan bagi membantu memperkasakan ibu tunggal. Justeru, maklumat yang diberikan perlu tepat dan jelas.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai makluman ini, sila ke Facebook rasmi JPW iaitu :

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

2 Comments

  1. Sya tak dpt upload gambar document asyik gagal je knp ye blkh klu sya pergi office terus??? Dari first smpai skrg tak dpt isih lebih file katanya sya tak pandai upload gbar berukuran tepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button