Bantuan Kerajaan

Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) Negeri Sembilan Sebanyak RM300

Khas untuk rakyat Negeri Sembilan. Sebanyak RM3.0 juta diperuntukan bagi menyalurkan bantuan tunai secara one-off apabila Kerajaan negeri itu bersetuju untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)


Mana-mana individu yang telah kehilangan pekerjaan dan terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) boleh memohon bantuan kewangan yang disediakan Kerajaan negeri dan bayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan diluluskan.

Oleh itu, kali ini kami akan berkongsi mengenai syarat kelayakan dan maklumat terperincin mengenai Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) yang disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan. 

Ikuti perkongsian dibawah.

KADAR BANTUAN

Melalui pelaksanaan BKP Negeri Sembilan ini, bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan ini bakal mendapat bayaran bantuan insentif sebanyak :

  • RM300.00 (ONE-OFF)
Sekiranya permohonan diluluskan, bayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarik permohonan diluluskan.

TARIKH TEMPOH PERMOHONAN

Bagi anda yang ingin membuat permohonan BKP N9, permohonannya kini telah di buka :
  • 30 Jun hingga 30 Julai 2021

SYARAT PERMOHONAN

Beberapa syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon bagi mendapat kelulusan BKP N9 ini iaitu :

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam tahun 2021
  • Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan

CARA MEMOHON

Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) Negeri Sembilan iaitu :

  • Sila ke portal rasmi bantuan iaitu : https://www.n9.digital/ atau anda boleh muat turun aplikasi N9.Digital di Google Play Store
  • Isi maklumat peribadi di bahagian ‘Daftar Untuk Memohon‘ dan ‘Hantar
  • Kod verifikasi akan dihantar ke telefon bimbit anda. Sila masukkan kod tersebut ke dalam paparan portal untuk ke bahagian seterus nya
  • Kemudian, sila muat naik gambar anda
  • Isi maklumat data peribadi anda dan juga pasangan serta tanggungan
  • Apabila selesai, paparan mengenai bahagian “Bantuan Kehilangan Pekerjaan” akan dipaparkan
  • Sila klik pada kotak bantuan tersebut dan klik ‘Hantar
  • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
  • Klik ‘Hantar‘ sekali lagi untuk menghantar permohonan anda

DOKUMEN SOKONGAN

Bagi menguatkan lagi status pemohonan anda, beberapa dokumen sokongan diperlukan iaitu :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Sijil Nikah / Cerai / Kematian (yang mana berkaitan)
  • Surat pemberhentian kerja daripada majikan
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun
NotaAdalah diingatkan bahawa Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) yang disediakan Kerajaan Negeri Sembilan ini, anda boleh layari web rasmi iaitu : https://www.ns.gov.my/


Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button