Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Dengan Kadar Sewa Bulanan Serendah RM300
Syarikat Perumahan Negara (SPNB) telah menawarkan skim bantuan ini dimana para pemohon boleh membina rumah di atas tanah sendiri. Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan dibawah pengurusan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap pemohon dan keluarga di Malaysia.
Nota :
- Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
- Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.
KAEDAH PELAKSANAAN DAN CIRI-CIRI RMR
Berikut adalah maklumat lengkap Rumah Mesra Rakyat (RMR) :
Maklumat Dan Reka Bentuk Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
- Harga : RM75,000
- Subsidi pembinaan : RM 20,000
- Jumlah pinjaman : RM55,000
- Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) : RM300
- Harga : RM85,000
- Subsidi pembinaan : RM20,000
- Jumlah Pinjaman : RM65,000
- Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) : RM350
- Harga : RM75,000 – RM106,500
- Subsidi pembinaan : RM20,000
- Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,500
- Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) : RM300 – RM470
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan telah di tetapkan untuk permohonan ini iaitu :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
- Tanah / tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah tersebut
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
- Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang baru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
- Sila ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
- Klik Pendaftaran Baru ( isi borang pendaftaran dengan lengkap)
- Penerimaan Login ID dan kata laluan
- Log Masuk Ke Laman Utama ( Gunakan login ID dan kata laluan yang telah di berikan untuk proses permohonan RMR)
- Melengkapkan Borang Online ( Isi maklumat dan ke dalam sistem)
- Selesai mengisi borang online ( Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang)
- Majukan borang dan dokumen kepada SPNB (Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan)
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Hotline : 1300 80 3838
Tel : 603-2618 5555
SMS : 019-2104000